http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com

Jumaat, 30 Mac 2012


bunga

PERTEMUAN PERTAMA

"Lalu ada siapa?"                        
Amat tahu langit yang akan   ditatapnya esok, tetap akan sama dengan langit yang ditatapnya sekarang. Kalau berbeza sekalipun, mungkin larik-larik awan. Entah mengapa angin hari ini kuat. Mungkin angin kuat itu juga yang menjadi berus langit, mewarnanya dengan awan. Ah, itu logik Amat.     Logik orang kampung.                                                                                  
"Kalau hanya aku? Mengapa?"
Murni tidak pernah berasa seperti ini. Tangannya sesekali berasa sejuk, seperti kurang darah. Digosok-gosok tapak tangannya, semoga darah kembali ke situ. Tidak tahu Murni atas sebab apa dia buat begitu, cuma biasanya di filem-filem barat yang ada salji memang itulah cara mereka, mengosok-gosok tapak tangan. Tetapi Murni tetap berasa tangannya sejuk.
"Kalau hanya ada kau, itu hal besar. Kau tahu, aku perempuan dan kau lelaki. Memanglah ilmu agama aku tidak tinggi, tapi aku tahu tinggi mana nafsu orang seperti kita, yang kurang ibadahnya."
Amat cuba tersenyum, tetapi tertahan entah di mana. Sekejap terasa tertahan di dada, sekejap terasa tertahan di kerongkong. Susahnya juga mahu senyum pada sesuatu yang bernama kebenaran. Mungkin sahaja kerana kebenaran itu tidak memihak kepada dia.
"Kalau begitu, kita pulang sahaja."
Murni berpaling memandang jalan raya tar yang belum diberi garis. Rumput-rumput di tepi jalan sudah meninggi. Tidak ada yang mahu memotongnya kerana upah yang ketua kampung beri, adalah upah tahun 70-an. Rendah dan menghina. Fikiran Murni larut pada rumput-rumput yang meninggi itu, dia tersenyum.
"Itulah yang seeloknya."
Amat ke barat dengan langkah yang seperti punya mata, memandang ke langit, melihat awan yang dia tahu ada namanya, tetapi dia tidak peduli. Kerja memberi nama kepada alam ini adalah kerja orang putih. Itulah fikirnya. Namun sesekali dia tetap yakin, langit itu akan tetap sama, hari ini, esok, lusa dan sehingga dia mati. Langkahnya pun menjauh.
"Saya balik dulu."
Murni ke timur. Ke arah rumput yang meninggi. Tangannya sudah mula terasa darahnya, panas. Aneh rasanya. Kuasa apa yang membuat tangannya sejuk tadi? Biarlah kuasa apapun. Yang penting, dia tahu dia semakin jauh, dan fikirannya terus kepada soalan, mengapa jalan tar itu belum diberi garis?


Rabu, 5 Oktober 2011


alt



Adakah Istilah {rengan-rengan} Dalam Dosa?
Seiring dengan usaha kita membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud pula penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Ia tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kita perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.
Apabila kita amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!
Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

                                                     KEKASIH YANG AMAT BOSAN

Petang yang sepi bagi Ahmad (bukan nama sebenar) di kala hari Ahad. Setelah bosan menonton, beliau menutup tv sempena kempen jimat elektrik. 

Sambil duduk lepak atas kusyen panjang, tiba-tiba Ahmad teringatkan cik awek yang sejak semalam tidak menjawab sms. Perlahan-lahan henpon yang berada di atas meja dicapai menggunakan ibu jari kaki. Malas gila angkat punggung.
"Dem! Cik Awek dah jemu dengan aku". Ahmad merungut sambil mengandaikan sesuatu. Entah betul entah tidak. Aku sebagai penulis pun tak pasti. Dem.

Tadinya niat nak kol Cik Awek. Namun Ahmad agak keraguan sedikit kerana tak ingin meningkatkan kebosanan Cik Awek terhadapnya.

Ahmad meneruskan aktiviti blogging sempena menghilangkan kesepiannya. Follower dah beribu, ramai gadis pulak tu. Dekat fesbuk geng ramai, tapi asyik gadis saja yang komen wall. Cun gila pun ada. Sungguh pun begitu Ahmad tidak tergugat, hatinya kekal milik Cik Awek.

****
Petang Ahad, Ahmad pergi berdating dengan Encik Kamera yang sentiasa setia menemani. Sekian kisah yang amat bosan.

Khamis, 26 Mei 2011


Thursday, May 26, 2011

KAIN KAFAN BURUK


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar.

Berkhayal lah sebanyak mungkin



Berkhayal lah (berimaginasi) anda sebanyak mungkin. Suatu hari sebahagian khayalan tersebut akan menjadi kenyataan..

Kata-kata di atas saya petik dari buku tulisan pakar motivasi dan penulis terkenal Dr. Hj HM Tuah Iskandar melalui bukunya yang berjudul Membina Imaginasi Cemerlang.

Buku ini saya baca dan hayati berulang-ulang kali lebih 10 tahun yang lalu. Dan beberapa kata-kata motivasi serta buah fikiran beliau saya pegang betul-betul. Sebahagiannya saya salin di atas kertas dan hayati ketika waktu-waktu senggang. Sungguh hebat kuasa khayalan dan ia benar-benar berlaku pada diri saya melalui beberapa pengalaman peribadi.

Jika dahulu saya pernah berkhayal untuk menulis rencana dan disiarkan di dalam majalah, maka ia sudah direalisasikan. Sehingga kini saya sudah menulis lebih 70 rencana untuk majalah. Sebelum membaca buku tersebut pun saya sudah berkahayal menjejak kaki ke negara asing dan berjalan-jalan melihat tempat orang. Kini ia terlaksana juga. Malah, ketika di bangku sekolah pun, pernah saya berangan-angan masuk ke universiti dan mendengar kuliah di dewan kuliah yang menjunam ke bawah (seperti yang pernah ditonton dalam filem). Alhamdulillah, impian tersebut juga terlaksana. Ketika sibuk menguruskan persiapan untuk datang ke Kanada, selepas mengambil cuti tanpa gaji sebagai Pegawai Sains di UKM, saya juga berkhayal memperolehi kerja yang ada kena mengena dengan Malaysia di Kanada. Sudah tentu itu hanya khayalan kosong tanpa arah tujuan.

Tanpa disangka-sangka, baru-baru ini saya dihubungi oleh seseorang yang mencari warga Malaysia yang berada di Montreal untuk bertugas sebagai penterjemah di sebuah syarikat permainan komputer terkenal di sini. Jadual waktu kerjanya juga menepati khayalan saya sebelum ini iaitu selepas menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak. Memang benar-benar ia berlaku, apabila kerja saya bermula pukul 1.00 tengahhari sehingga 9.30 malam.

Bertolak dari situ, saya mula berfikir keajaiban kuasa khayalan dan rezeki tanpa disangka-sangka dari Allah. Sungguh ajaib kuasa khayalan. Jadi sebelum terlambat saya ingin terus berkhayal dan mengajak rakan-rakan membaca buku "Membina Imaginasi Cemerlang"





Memang saya seorang yang suka berangan-angan dan berkhayal. Kini saya cuba membayangkan diri sebagai seorang usahawan, mempunyai tenaga kerja yang mantap, memiliki ofis sendiri, membayar gaji pekerja, membantu orang-orang yang kurang bernasib baik, meningkatkan kemahiran diri sendiri...dan..dan..dan...dan.....ahhh...banyak sungguh angan-angan!

Biarkanlah angan-angan tersebut menerawang jauh tanpa jejak dan sempadan, bak kata pepatah orang putih
"Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars"

Jangan kita terperangkap dengan istilah penjajah "angan-angan Mat Jenin"

Suatu kebetulan yang indah



Kerapkali apabila kita teringatkan seseorang, dengan tidak semena-mena orang yang diingati itu akan muncul secara tiba-tiba. Jikapun tidak muncul, orang yang diingati itu akan menelefon atau sekurang-kurangnya teringat pula kepada orang yang mengingatinya. Ini bukan kisah cinta muda mudi yang saling ingat mengingati dan tenggelam dalam khayalan serta hawa nafsu, tetapi lebih kepada pengalaman hidup seharian.

Ahad lalu kami sekeluarga berjalan-jalan disuatu tempat. Aktiviti biasa di hujung minggu. Sewaktu berlegar-legar di suatu kawasan, fikiran tiba-tiba teringatkan seseorang di ofis yang banyak membantu saya tentang selok belok kerja yang harus dilakukan ketika mula-mula masuk bekerja 3 minggu yang lalu. Selang 2-3 minit, tiba-tiba nama saya dipanggil.

Aha...itu dia Puan Malar yang berbaju kurung biru, sedang duduk-duduk bersama temannya yang baru pulang dari aktiviti di gereja katanya. Saya terpinga-pinga dan terkejut seketika sebelum kembali tenang kemudian memperkenalkan isteri dan puteri saya kepada Puan Malar dan rakannya.

Saya pernah terbaca tentang kejadian secara kebetulan begini yang sudah saya lupa apa istilahnya. 'Sub-concious mind' atau gelombang minda atau apa ya ?..sungguh 'misteri' dan menarik untuk diteroka!

Kenangan Terindah Di KLCC



kenangan pertama yg aq sngat gembira
sakit kaki yang dibelenggu oleh aq kerana pergi dengan menaiki keretapi
tapi akhir nye sampai jge..
ni merupakan kenanganyang sngat menyeronokan kerana dapat berjalan-jalan dengan mak saudara yang tercinta dan dikasihi

Jumaat, 29 April 2011

Siapakah Musuh Sabar?



saba 2 ada kala seorangitu betah menahan kesusahan yg menimpanya.Jika tidak betah,maka pasti ada musuh yg ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu.Apakah musuh-musuh sabar itu?





1. Tergesa-gesa
   Allah berfirman yg bermaksuk'Manusia telah dijadikan
 (tabiat)tergesa-gesa "
Sekiranya apa yg dihajat lambat ditunaikan ,
maka lesaplah kesabarannya.        
Itulah tabiat semula jadi manusia.
selalu ingin memetik buah sebelum buah itu
 masak dan tanpa bersungguh-sungguh menamam
 pohon buah tersebut.








                                                                     




  2.Putus Asa
Allah berfirman yg bermaksud:"dan janganlah kamu                             
berputus asa daripada rahmat Allah .
Sesungguhnya tidak berputus asadaripada rahmat Alllah 
melainkan golongan yg kafir."










      3.Marah
  Islam tiaak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas.Marah masih diperlukan pd saat saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak.Hakikatnya kini,manusia sebaliknya marah tidak bertempat ,Mereka hanyaa marah apabila kepentingan diri tergugat ,bukan apabila kepentingan agama tergugat.

Ape Itu Sabar?????????????

Dari segi bahasa sabar bererti menahan atau mengekang.
Dari segi praktiknya pula,sabar bererti menahan atau mengekang
diri daripada rasa keluhan-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu 
yangtidak disukai.Lawan kepada sifet sabar adalah sedih dan keluh -
kesah

Jumaat, 22 April 2011

kecewa



kenape???????????????????????????
kenapa???????????????????????
ape salah aq????????????????????
ape dosa aq kat kaw???????????????????
sampai ati kaw wat aq cam ne...........
ape yang aq wat semua x betul dekat mata kowang............
kalau x puas hati dengan aq cakap!!!!!!!!!!
jangan nak kutuk 3 aq........
faham....


Rabu, 6 April 2011

exam ohhh exam!!



exam   ooooohhhh exammmmm
tekanan yang banyak
kerisauan yang sangat tinggi
 semangat yang sangat rendah
membuat aku rasa ptus asa  

Sabtu, 19 Mac 2011

Kasih Sayang








Untuk Sahabat



Aku mengenalimu melalui nama,
Aku memahamimu melalui tenungan,
Aku mengingatimu melalui kenangan,
Aku menyayangimu melalui satu persahabatan

Jom Ketawa


Cerita 1:^Kapal @Duit Syiling
Adam:Azam ,saya nak bg awak satu soalan boleh?
Azam:Boleh saje.
Adam:Antara kapal ngan duit syiling mana yg lebih berat?
Azam:sudah tentu kapal yg lebih berat.
Adam:salah !!jawapannye duit syiling la.
Azam:sebabnye???
Adam:sebab ,kapal kalau ditelakkan diatas air,ia tidak tenggelam.tp kalau duit syiling ,ia tenggelam.....betul x?
Azam:hahhahha!!!! ye la tu...(Bengang)
Cerita 2:^Ikan
Ada:kau kata ikan peliharaan kau matilemas.mana kau tau ia mati lemas?
Adid:sebab aku jumpa ia mati dalam air:)

Cerita 3:^Hantu
Sam:semalam aku nampak hantu
Dol : uih!!terkejut x???????
Sam: Taklah hantu tu yang terkejut tengok aku.
Dol: Mana kau tau ????????
Sam: aku tengok muka dia pucat je...!!

kecewa dalam kegembiraan


Asalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati  aq sangat hancur kerana dapat no terakhir dalam kelas untuk sesi persekolahan dalam ujian selaras 1.
Ini kerana aq tak ambil exam empat subjek dalm exam 2....tak aq ambil pn kerana teman emak dan adik ku yang ditahan di wad Cangkat Melintang disebabkan demam panas  yang di baw oleh nyamuk adeas di kawasan perumahan di Seri Iskandar Perak.Tapi disebalik 2 aq sangat bersyukur dan gembira kerana dapat berjasa terhadap keluarga aq.selain itu aq  risau terhadap emak dan adik aq.Moga la emak  dan adik aq x terkena demam dengi berdarah..