KEKASIH YANG AMAT BOSAN
Petang yang sepi bagi Ahmad (bukan nama sebenar) di kala hari Ahad. Setelah bosan menonton, beliau menutup tv sempena kempen jimat elektrik.
Sambil duduk lepak atas kusyen panjang, tiba-tiba Ahmad teringatkan cik awek yang sejak semalam tidak menjawab sms. Perlahan-lahan henpon yang berada di atas meja dicapai menggunakan ibu jari kaki. Malas gila angkat punggung.
"Dem! Cik Awek dah jemu dengan aku". Ahmad merungut sambil mengandaikan sesuatu. Entah betul entah tidak. Aku sebagai penulis pun tak pasti. Dem.
Tadinya niat nak kol Cik Awek. Namun Ahmad agak keraguan sedikit kerana tak ingin meningkatkan kebosanan Cik Awek terhadapnya.
Ahmad meneruskan aktiviti blogging sempena menghilangkan kesepiannya. Follower dah beribu, ramai gadis pulak tu. Dekat fesbuk geng ramai, tapi asyik gadis saja yang komen wall. Cun gila pun ada. Sungguh pun begitu Ahmad tidak tergugat, hatinya kekal milik Cik Awek.
****
Petang Ahad, Ahmad pergi berdating dengan Encik Kamera yang sentiasa setia menemani. Sekian kisah yang amat bosan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan